Selasa, 27 April 2010

KENAPA SAYA ISLAM

MENGAPA

TIDAK SEMUA MANUSIA MEMILIH ISLAM

KALAU Tuhan kamu itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, mengapa Tuhan kamu tidak lahirkan dan jadikan semua manusia di muka bumi ini hanya satu agama? “Cuba kalau saya dan kamu dilahirkan satu agama, tidaklah timbul masalah agama saya kamu katakana salah dan agama kamu saya katakana salah. Semua manusia satu agama. Sesiapa yang menyimpang dari agama itu barulah dihukum salah.”

Inilah persoalan yang saya hadapai sendiri ketika di peringkat awal mengkaji agama Islam. Persoalan ini saya kemukakan kepada Berbagai-bagai orang. Dan berbagai-bagai jawapan yang saya terima. Kadang-kadang jawapan yang saya terima tidak memberikan kepuasan dan menyebapkan saya marah dan saya terus memberikan soalan kepada sesiapa yang mahu menjawab persoalan saya. Jawapan inilah saya akan berikan kepada kepada orang yang bertanya kepada saya. Tetapi dengan jawapan inilah saya buat rumusan sebagai jawapan dari persoalan ini.

Manusia pertama yang Allah SWT ciptaan adalah Nabi Adam a.s dan Allah SWT jadikan pula dari tulang rusuk Adam seorang manusia yang bernama Siti Hawa sebagai isterinya. Mereka dijadikan dalam keadaan fitrah. Beriman kepada Allah SWT. Daripada merekalah membiaknya manusia di muka bumi ini. Malangnya ada keturunan Nabi Adam ini yang derhaka kepada Nabi dan derhaka kepada Allah SWT. Untuk menyedarkan mereka maka, dari satu masa ke satu masa Allah SWT utuskan Nabi dan Rasul untuk memberi peringatan

dan menunjukkan jalan yang sebenar sehingga Allah SWT utuskan empat buah kitab sebagai panduan kepada manusia agar mereka terhindar daripada kesesatan. Tetapi mereka masih memilih jalan yang sesat sehingga sanggup mengubah kitab-kitab ini.

(a) Kasih sayang Allah SWT tidak boleh diukur dari satu sudut sahaja tetapi semua sudut haruslah diambil kira. Lihat apa kata Allah SWT dalam kisah Nabi Ibrahim dengan orang tua Yahudi. Satu ketika seorang tua Yahudi datang ke rumah Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tidak menghiraukannya kerana ia seorang Yahudi maka pergilah si Yahudi tadi. Tetapi tidak lama kemudian datanglah Nabi Ibrahim mencari orang tua ini dan mempelawanya ke rumah. Hairanlah Yahudi itu dan bertanya, apa sebab Nabi Ibrahim berubah sikap, tadi dihalaunya kemudiannya dipanggilnya semula. Nabi Ibrahim bersabda :

“Ketahui olehmu wahai orang tua, selepas engkau pergi, sampailah wahyu Allah kepadaku. Aku ( Allah ) tetap memberikan rezeki kehidupan yang baik dan berbagai nikmat kepadanya walaupun ia telah 70 tahun hidup dalam,keadaan derhaka kepadaku. Aku tetap memberikannya kerana kasih sayangku kepada hamba-hambaku.”

Mendengar akan kata-kata Nabi Ibrahim itu maka terkejutlah orang tua Yahudi tersebut lantas memeluk agama Islam. Mengapa terkejut? Kerana selama ini ia tidak pandai menilai erti kasih saying Allah SWT. Cubalah kenangkan bagaimana kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Maka ketahuilah, kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-hambanya lebih besar daripada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

(b) Allah telah memberi akal kepada semua manusia sama ada orang Islam atau orang kafir. Akal manusia boleh menilai sesuatu yang baik dan buruk. Malangnya manusia tidak menggnakan akal untuk mencari kebahagian yang diredhai Allah SWT. Sedangkan akal mereka telah begitu maju dengan kepandaian dan kepakaran mencipta berbagai alat teknologi moden yang amat mengkagumkan. Tetapi kenapa mereka tidak dapat mencari dan bertemu kebenaran.

(c) Mengapa Allah SWT tidak member hidayah kepada semua orang walaupun sesetengahnya bertungkus-lumus mengkaji agama Islam?

Ini adalah untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Allah SWT memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dan menariknya sesiapa yang dikehendakinya. Biasanya yang tidak dapat hidayah ini adalah orang yang sombong. Kalau mereka temui kebenaran pun hati mereka menolaknya. Mereka tidak mahu mengakui kelemahan diri. Menerima Islam itu bererti mengakui kelemahan diri mereka selama ini. Jadilah mereka seperti Yahudi dan Nasrani. Yang bodoh dan sombong. Pendeta Yahudi dan Paderi Nasrani tahu akan kebenaran Islam tetapi mereka sombong dan tidak mahu tunduk kepada kebenaran maka dua puak ini lebih hina daripada seekor babi dan anjing, kerana apa ? kerana walaupun kedua-dua binatang ini hina dan haram tetapi keduanya masih kenal dan beriman kepada penciptanya walaupun tidak diberikan akal untuk berfikir.

Berbeza dengan seseorang yang mengkaji agama Islam dengan tawadhuk, penuh rasa rendah diri pada Allah SWT. Ia akui ada kelemahan pada dirinya maka senang saja Allah SWT bukakan pintu hatinya menerima kebenaran. Ini terbukti dengan satu kisah yang tersebut di dalam kitab :

“Suatu masa seorang wali Allah SWT telah meninggal dunia, maka ketua-ketua wali pun berbincang, siapakah yang paling layak diangkat menjadi wali. Malangnya tidak ada seorang pun yang layak. Sebaliknya ada seorang paderi kristian yang hatinya sangat lurus, ikhlas dan tawadhuk kepada Allah SWT. Ia benar-benar seorang hamba yang mendambakan dirinya kepada Allah SWT. Cuma aqidahnya salah. Ia juga belum pernah bertemu atau belajar ajaran Islam yang sebenar. Para wali pun datang kepadanya mengajar ajaran Islam, hatinya yang sedia bersih itu dengan mudah dapat melihat kebenaran Islam lalu tanpa dolak-dalih ia memeluk Islam. Setelah memeluk Islam ia pun terus diangakat darjatnya menjadi wali Allah.”

Jelas bahawa penyakit kesombonganlah menyebapkan manusia sesat dari kebenaran dan menolak kebenaran. Ini mendorong saya memeluk agama Islam, mensyukuri segala nikmat dan kasih sayang Allah SWT yang tidak dapat dibalas selamanya. Jasa seorang ibu pun tidak dapat terbayar apalagi dengan nikmat-nikmat Allah SWT yang begitu banyak. INDAHNYA ISLAM MANISNYA IMAN.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama