Selasa, 27 April 2010

WAJARKAH PENGANUT AGAMA KRISTIAN MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH

Isu penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar penganut agama kristian katolik menjadi satu isu yang hangat dan sensasi di perdebatkan pada masa kini. Yang pastinya daripada ahli politik, ahli agama sehinggalah ahli politik di kedai kopi masing-masing memberikan respon yang berlainan sama ada pro atau pun kontra terhadap isu ini. Apa yang membimbangkan kita ialah terdapat segolongan individu-individu yang bertindak secara emosional dengan melakukan tindak membakar gereja dan surau dan yang terbaru kita di gemparkan dengan penemuan kepala babi hutan di kawasan surau.

Yang pastinya sekiranya pihak kerajaan tidak mengambil tindakan yang tegas, di takuti akan berlaku peristiwa Ambon di negara kita dan ini merupakan antara bibit-bibit perpecahan yang cuba disemaikan oleh pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Amat menghairankan setelah negara merdeka lima puluh tahun ada pihak-pihak tertentu ingin memusnahkan kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini. Oleh yang demikian marilah kita menyokong usaha pihak kerajan di dalam menyelesaikan masalah ini dengan mengikut acuan dan cara kita sebagai rakyat Malaysia.

Saya juga berharap supaya pihak-pihak tertentu yang cuba mengeluarkan pandangan supaya berhati-hati kerana di takuti boleh menyakiti hati pihak lain khususnya umat Islam. Saya juga menyeru kepada beberapa individu yang baru sahaja belajar perbandingan agama khususnya antara islam dan kristian supaya tidak perlulah membuka mulut dan cukup untuk berdiam diri.

Sebagai seorang bekas penganut agama kristian, lahir di dalam keluarga yang terlibat secara langsung di dalam insitutsi gereja dan kemudianya memeluk agama Islam, saya bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman, ilmu dan apa yang saya imani ketika beragama kristian suatu masa dahulu. Saya akan menulis bukan sebagai seorang ahli politik yang ingin merahi publisiti murahan tetapi saya akan menulis berdasarkan fakta ilmu yang bersumberkan kitab Bible dan buku-buku tulisan sarjana-sarjana kristian barat yang terkenal.

Secara ilmiah dan jujurnya di dalam kitab Bible memang terdapat kalimah Allah di sebutkan sama ada didalam Perjanjian Lama mahu pun didalam Perjanjian Baru. Tetapi adakah makna dan tujuanya sama dengan kalimah Allah yang ada didalam agama Islam? Jawabannya adalah tidak sama sekali. Antara contoh-contoh kalimah Allah di dalam Bible ialah :

“ Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.”

( Kejadian Fasal 1: Ayat 1. Perjanjian Lama)

“ Abraham adalah bapa kami! Karena aku berkata kepadamu: Allah dapat menjadikan anak-anak bagi Abraham dari batu-batu ini.”

(Matius Fasal 3: Ayat 9. Perjanjian Baru )

Apakah perbezaan diantara kalimah Allah yang terdapat didalam agama kristian dan agama Islam ini? Perbezaannya ialah :

1. Sebutan lafaz kalimah Allah itu sendiri.

2. Makna kalimah Allah di dalam perkara aqidah.

3. Kemuliaan kalimah Allah.

4. Kalimah Allah antara nama-nama Tuhan di dalam agama Islam tetapi kalimah Allah bukan nama Tuhan didalam agama Kristian.

1. Sebutan lafaz kalimah Allah itu sendiri.

Sebutan lafaz kalimah Allah di dalam agama kristian amat berbeza dan tidak sama dengan lafaz sebutannya di dalam agama Islam. Ini kerana lafaz sebutan kalimah Allah di dalam Islam berpaksikan bahasa arab. Maka huruf lam yang terdapat didalam kalimah Allah disabdukan maka kalau ditulis didalam bahasa melayu rumi menjadi “Allah” sedangkan kalimah Allah di dalam agama kristian tidak berpaksikan kepada bahasa arab. Maka kalau ditulis di dalam bahasa melayu rumi menjadi “ Alah” oleh yang demikian pada bahasa sahaja atau grammer nya sudah mengandungi banyak perbezaan antara kedua-duanya. Dan ini merupakan satu lagi bukti yang penganut agama kristian tidak wajar menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan akhbar mereka kerana boleh mengerlirukan umat Islam di Malaysia.

2. Makna kalimah Allah di dalam perkara aqidah.

Walaupun perkataan Allah terdapat di dalam kitab Bible tetapi maknanya di dalam perkara aqidah adalah berbeza dengan maknany yang sebenar di dalam aqidah ajaran Islam. Di dalam agama Kristian ia berkaitan dengan doktrin trinity ( tiga dalam satu ) iaitu TUHAN BAPA+ANAK TUHAN+ROH KUDUS. Yang mana ketiga-tiga perkara ini tidak boleh dipisahkan didalam aqidah agama kristian. Dalilnya ialah :

“ Bahawa ia adalah Anak Allah yang berkuasa, Yesus Kristus Tuhan kita.”

(Surat Paulus Kepada Jemaat Di ROMA Fasal 1: Ayat 4 )

“ Kasih karunia, rahmat dan damai sejahtera dari Allah bapa, dan dari Yesus Kristus, Anak Bapa.”

(Surat Yohanes Yang Kedua Fasal 1:Ayat3)

Walaupun ulama-ulama kristian menafikan akan kewujudan kepercayaan trinity ini tetapi mereka sendiri tertipu dengan aqidah yang mereka amalkan. Di dalam ibadah-ibadah mereka terang dan jelas mereka menyembah Yesus sebagai Anak Tuhan.

Di dalam agama Islam maksud kalimah Allah itu bermakna merujuk kepada Tuhan yang satu(Esa), tidak beranak dan tidak diperanakan, tidak ada setara dengannya. Seperti mana apa yang terdapat di dalam surah al-ikhlas.

3. Kemuliaan Kalimah Allah

Walaupun terdapat perkataan Allah di dalam kitab Bible tetapi kemuliaan yang ada pada nya tidak sama dengan kemuliaan kalimah Allah yang terdapat di dalam ajaran Islam. Kemuliaan perkataan Allah didalam agama kristian tidak semulia dengan apa yang tersdapat di dalam islam. Di dalam agama Kristian mereka meletakkan Allah di tempat yang tidak sewajarnya sebagai Tuhan sekalian Alam ini. Dalilnya :

“ Berfirmanlah Allah : “ Baiklah kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa kita.”

( Kejadian Fasal 1: Ayat 26 )

Di dalam agama kristian Tuhan mereka hanya lah seorang manusia juga seperti kita yang bertangan, tidur, makan dan berkahwin.

“ Maka anak-anak Allah melihat, bahawa anak-anak perempuan manusia itu cantik-cantik, lalu mereka mengambil isteri dari antara perempuan-perempuan itu, siapa saja yang disukai mereka.”

( Kejadian Fasal 6: Ayat 2 )

“ Ketika anak-anak Allah menghampiri (Bersetubuh) anak-anak perempuan manusia.”

( Kejadian Fasal 6: Ayat 4 )

Di dalam Islam Allah bukan sahaja menciptakan semua makhluk ini, tidak beranak dan tidak diperanakan, tidak ada yang setara dengannya, maha tempat meminta pertolongan dan terlepas daripada segala kekurangan yang boleh menjatuhkan kehebatanya sebagai empunya tuhan yang tunggal dan tidak mempunyai sekutu.

Oleh yang demikian, penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar terbitan mereka adalah tidak wajar dan tidak boleh sama sekali kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam dan akhirnya boleh mencetuskan perkara yangb tidak diingini akan berlaku.

4. Kalimah Allah antara nama-nama Tuhan di dalam agama Islam tetapi kalimah Allah bukan nama Tuhan didalam agama Kristian.

Kalimah Allah merupakan nama teragung Tuhan di dalam agama Islam. Daripada 99 nama Allah atau pun disebut dengan asmaul-husna ( Nama-nama yang baik) Lafaz Allah merupakan lafaz yang pertama daripada 99 nama yang ada. Persoalanya disini adakah kalimah Allah ini merupakan nama-nama Tuhan di dalam agama kristian. Sekiranya bukan apakah tujuan mereka? Apakah ada niat yang lain? Atau pun mereka sengaja membuat provokasi murahan? Terpulang kepada mereka untuk menilainya.

Didalam buku TEOLOGI SISTEMATIKA yang ditulis oleh LOUIS BERKHOF dan prakata oleh DR.STEPHEN TONG nama Allah itu terdapat di dalam Bible Perjanjian Lama dan Baru. Nama-nama itu ialah :

Nama-nama didalam perjanjian Lama.

1. El, Elohim dan Elyon. Nama El berasal daripada kata “ul” yang bermaksud yang pertama, menjadi tuan dan kuat dan berkuasa. Nama Elyon dari kata “alah” yang bermaksud keatas, ditinggikan.

2. Adonai. Daripada kata “dun” (din) atau “adan” yang bermaksud menghakimi.

3. Shaddai dan El-Shaddai. Shaddai dari kata “shadad” yang bermaksud penuh kuasa. Akan tetapi ada juga yang berpendapat bahawa nama ini berasal daripada perkatan ”Shad” yang bermaksud tuan.

4. Yahweh dan Yahweh Tsebhaoth. Nama ini merupakan nama yang paling agung daripada nama-nama yang lain sehinggakan orang Yahudi takut untuk menyebutnya.

Nama-nama didalam perjanjian baru.

1. Theos. Nama yang paling umum dan merupakan penyesuaian dari nama ila bangsa kafir.

2. Kurios.

3. Pater ( Bapa)

Jelaslah disini bahawa tidak terdapat pun kalimah Allah sebagai nama-nama Tuhan didalam agama kristian. Oleh itu, mereka tidak wajar dan tidak boleh menggunakan kalimah Allah didalam penerbitan akhbar mereka. Tetapi bukan bererti kita menghalang penganut agama kristian terus menggunakan kalimah Allah di dalam ibadah dan kepercayaan mereka. Apa yang kita minta ialah supaya jangan menggunakan kalimah Allah didalam akhbar mereka mereka kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam.

Ingin saya bertanya kepada paderi-paderi kristian untuk apa mereka menuntut penggunaan kalimah ini? Apakah mereka mahu daripada umat Islam? Yang pastinya mereka sendiri mengetahuinya kerana mereka membuat tuntutan tersebut walaupun terpaksa naik turun ke mahkamah. Sekiranya mereka berniat hanya untuk menimbulkan provokasi kepada umat Islam kita berharap supaya mereka menghentikan perbuatan ini sebelum berlaku apa yang tidak dingini.

Akhbar utusan melayu yang bertarikh 14 januari 2010 hari khamis telah menyiarkan pengakuan daripada seorang tokoh Kristian daripada sabah Webley Disim, yang juga yang Dipertuan Dewan Usahwan Bumiputera Sabah, yang menggesa akhbar Hearld-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah. Webly Disim mengakui, tindakan akhbar itu sememangnya mempunyai motif untuk menarik ( Memurtadkan ) penganut Islam kepada kristian.

Daripada pengakuan ini, terbuktilah tujuan mereka sebenarnya adalah untuk memurtadkan umat Islam. Oleh itu kepada semua umat Islam haruslah sentiasa berhati-hati kerana musuh-musuh kita semakin berani dan terang-terangan menentang kita.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama