Selasa, 27 April 2010

PENDAKWAH ISLAM VS PENDAKWAH SALIB

Pada suatu ketika dahulu, tahun 1960-an sehingga ke hari ini sering berlaku perdebatan antara Islam dengan kristian yang akhirnya dimenangi oleh pendebat Islam. Dengan mudah hujah pendebat Kristian dapat dipatahkan. Kita tidak perlu gunakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis untuk berhujah cukup sekadar dengan kitab Bible, mereka akan kalah.

Kemenangan itu disebarkan ke seluruh dunia. Penceramah dan pendakwah dari kalangan Ustaz-ustaz lulusan Azhar dan saudara baru diusung di setiap Masjid dan Surau untuk berceramah tentang kesesatan agama Kristian. Dan yang lebih hebat temuramah disiarkan di TV, dirakam dan disiarkan di dalam media massa. Namun, yang murtad semakin ramai, sama ada daripada orang awam sehinggalah ada yang bergelar Ustaz. Yang pastinya kita menang di dalam debat, siapa yang tidak mengenali Al-Mamahrum Syeikh Ahmad Deedat, pendakwah bertaraf antarabangsa yang hebat. Seorang tokoh yang ikhlas di dalam perjuangan telah menyebarkan sejuta risalah secara percuma kepada manusia. Pendakwah daripada Salib kalah dan senyap tetapi sebenarnya mereka berkerja keras dan sebenarnya kita tidak menang tetapi kalah. Kita mabuk dengan kemenangan yang kita perolehi dan kita menjadi lalai. Mereka kalah di dalam medan perdebatan tetapi menang di dalam gerak kerja. Mereka mengadakan pelbagai khidmat masyarakat dan projek yang menguntungkan agama mereka dan bukannya menguntungkan sesetengah individu seperti yang berlaku di dalam agama kita. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan yang saya berikan tetapi inilah realiti yang sebenar dan haruslah diterima hakikat ini walaupun terasa pahit untuk menelannya. Lebih baik saya menegur umat Islam sebelum Allah SWT yang akan memberikan teguran kerana apabila datangnya peringatan Allah SWT maka tidak ada maaf lagi bagi kita semua. Allah SWT telah memberikan umat Islam peluang tetapi umat Islam masih lalai dan mengingkari peringatan tersebut.

Kita berdebat di dalam perkara pendidikan, tetapi mereka telah membinanya. Kita bercakap soal membina masjid dan surau, kita masih menunggu kelulusan daripada kerajaan tetapi mereka telah membina gereja di kampung umat Islam tanpa terpaksa menunggu lama. Kita bercakap tentang jihad, ukhuwah dan tolong menolong, tetapi pendakwah salib telah masuk ke kampung-kampung melakukan khidmat masyarakat, memikul beras, ikan sardin dan membina gereja yang besar, kita masih baru merancang dan siapa yang akan pergi. Siapakah yang harus dipersalahkan? Tanya diri kita masing-masing yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul. Umat Islam ini bercakap banyak tetapi untuk melakukan kerja tidak banyak. Tetapi pendakwah kristian mereka tidak banyak bercakap tetapi mereka hebat di dalam berkerja.

“ Setelah tergantuk baru terngada “ inilah pepatah melayu yang paling sesuai diberikan kepada umat Islam masa kini. Setelah anak kita, adik kita dan keluarga kita dimurtadkan oleh pendakwah salib barulah kita sibuk dengan dakwah, sibuk mememarahi ulama, pegawai agama dan kerajaan. Dahulunya apabila ada panggilan jihad untuk melawan dakwah pendakwah salib kita hanya melihat dari jauh, sibuk dengan urusan mencari harta, sibuk dengan politik, sibuk mengangkap orang yang tidak ada tauliah mengajar. Inilah sikap kita pada masa kini. Kita suka menyalahkan musuh untuk menutup kesalahan kita sedangkan kesilapan dan kesalahan ini perbuatan kita sendiri. Kenapa menyalahkan musuh diatas kesilapan kita sendiri?

Saban waktu kita dikejutkan dengan laporan akhbar tempatan tentang saudara baru memohon murtad dimahkamah, anak orang Islam murtad kerana bercinta dengan pemuda Kristian dan sebagainya. Apa sudah jadi dengan umat ini? Adakah ini satu musibah daripada Allah? Ataupun musibah yang dicipta oleh umat Islam sendiri? Seorang Islam yang sebenar itu apabila terdengar berita tentang Murtad dikalangan umat Islam akan terasa hinanya umat Islam dan bangkit untuk menjadi pembela agama Allah dengan sepenuh hati. Di dalam agama kristian, seorang penganut kristian yang keluar daripada agamanya mereka akan bertekad untuk menarik sepuluh orang Islam untuk masuk kedalam agama mereka. Inilah kehebatan mereka yang sebenar dan kita harus mengakui akan kelemahan yang kita hadapi sekarang. Buangkan rasa ego dan sombong di dalam diri kita. Kalau setakat dengan ceramah di masjid, rajin mengikut tamrin, muqayyam, usrah dan sebagainya belum cukup untuk kita berdepan dengan pendakwah daripada pihak salib. Kenapa saya mengatakan sedemikian? Kerana semua ini merupakan pengalaman yang saya lalui. Amat senang untuk memurtadkan seorang anak Islam tetapi bukan senang untuk menarik seorang anak kristian untuk memeluk agama Islam. Saya mempunyai ramai kawan-kawan yang hebat di dalam program Tamrin, Usrah, Muqayyam dan sebagainya. Bercakap berapi-api, tegakkan Islam, mari berdakwah dan sebagainya tetapi dia sendiri seperti tikus yang lari takutkan kucing. Semuanya omongan kosong bersyarah untuk mencari nama dan pengaruh, golongan ini umpama anjing kurap di tetapi jalan.

Pendakwah-pendakwah daripada salib terus mara dan maju kehadapan untuk berdakwah. Mereka masuk ke kampung-kampung yang terletak jauh di pedalaman yang sehinggakan dua hari baru sampai ke kampung tersebut. Mereka sanggup tidur baring bersama penduduk kampung, makan ubi kayu berlaukan ikan kering dan pucuk-pucuk daun kayu, tinggal bertahun-tahun di kampung tersebut. Tetapi hasilnya cukup baik. Dalam masa setahun penduduk kampung yang dahulunya tidak mempunyai agama telah menjadi penganut agama kristian yang fanatik dan sanggup berkerja untuk agama mereka.

Kita masih berseminar, bermesyuarat dan berdebat siapa yang akan melakukan kerja dakwah ini. Pendakwah kita disibukan dengan perkara yang tidak ada faedah, sibuk membidaahkan orang lain, sibuk mengata orang lain dan sibuk dengan urusan gajinya yang melimpah ruah. Kadang-kadang ada dikalangan pendakwah kita yang mendapat gelaran Dato’, Prof, Dr dan sebagainya tetapi selepas habis waktu pejabat, waktu kuliah, habislah waktu mereka berdakwah untuk meyelesaikan maslah umat. Inilah pendakwah yang berdakwah kerana dunia atau dengan kata yang lain “ tiada duit tiada dakwah “. Sedangkan diluar sana masih ramai umat Islam yang perlukan bantuan, perlukan bimbingan tetapi bermacam-macam alasan yang pendakwah kita berikan. Kita sibuk memikirkan hal diri sendiri sehingga melupakan hal umat Islam yang lebih besar. Saya ada pengalaman suatu ketika dahulu. Ketika saya mula-mula memeluk agama Islam. Pada waktu itu ada sedikit masalah yang saya hadapi selepas daripada berhijrah agama. Kita sedia maklum seorang anak kristian yang memeluk Islam sudah dianggap sebagai anak derhaka dan mereka tidak mengaku anak lagi. Di halau daripada rumah dan bermacam-macam lagi dugaan dan cabaran yang terpaksa di lalui dan semua ini memerlukan bantuan umat Islam.

Saya pun pergilah berjumpa dengan seorang ustaz yang berkaitan dengan kebajikan saudara baru. Saya meminta pandangan apa yang patut saya lakukan setelah keadaan sekarang yang sudah berubah. Jawapan yang saya terima amat mendukacitakan. Ya! Kita tahu semua permohonan haruslah mengikut peraturan yang ditetapkan tetapi janganlah sampai peraturan yang kita cipta itu memakan diri sendiri. Kenapa harus mencipta undang-undang lain lagi, Allah SWT telah meletakkan peraturan di dalam Al-Quran tentang perkara yang berkaitan dengan asnaf zakat. Kadang-kadang amat mendukacitakan pengurusan zakat yang tidak baik. Saban hari media elektronik dan suratkhabar melaporkan tentang keadaan kemiskinan yang dihadapi oleh umat Islam. Untuk mendapatkan bantuan daripada badan zakat terpaksa melalui banyak proses yang saya anggap bodoh dan sesat. Rasulullah tidak pernah pun membawa ajaran seperti ini tetapi umat Islam yang bodoh ini membuat ajaran baru. sehinggakan Islam yang mudah, indah dan cantik itu menjadi agama yang susah, sempit dan tidak ada kasih sayang di dalamnya.

Sehinggakan ada segolongan umat Islam yang terpaksa tinggal di dalam kontena kerana kemiskinan yang dihadapi. Akan tetapi saban tahun terdapat negeri yang membuat pengistiaran tentang lebihan zakat. Inilah persoalan yang harus kita fikirkan kenapa ia berlaku. Kita membayar zakat bukan kerana disimpan tetapi untuk digunakan membangunkan tamadun Ummah. Marilah kita bermuasabah diri kita untuk kebaikan umat Islam. Kita masih banyak agenda perjuangan yang harus dilakukan. Kita kena kuatkan ekonomi kita, perpaduan sesama umat, pendidikan dan politik. Tetapi sekiranya umat Islam masih tidak berubah saya percaya negara kita ini akan menjadi seperti Indonesia pada masa akan datang. Umat Islam terhina dan di hina di negaranya sendiri.

Sekarang ini kita dikejutkan pula dengan tuntutan penganut salib dimahkamah tentang penggunaan kalimah Allah. Apa yang kita lihat ada dikalangan umat Islam yang tiba-tiba bersemangat hangat-hangat tahi “BABI”, berlagak menjadi pejuang nombor wahid, sanggup turun berdemonstrasi dan sebagainya. Kita amat menghargai kepekaan individu-individu ini di dalam mempertahankan hak umat Islam tetapi kadang-kadang mereka inilah penentang kepada ajaran Islam sendiri. Allah SWT perintahkan supaya hukum-hukum Islam ditegakkan di muka bumi ini, tetapi ada pula suara daripada puak-puak munafiq yang berkata “ Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana berbilang bangsa ” “ kalau hukum hudud dilaksanakan maka bolehlah makan sup tangan “ inilah suara-suara sumbang umat Islam yang mengaku beriman tetapi golongan inilah sebenarnya ejen kepada puak kafir untuk menghancurkan agama dan umat Islam. Barang siapa yang menolak hukum-hukum Allah SWT maka ia sama seperti puak Nasrani dan Yahudi, kerana kedua-dua puak ini juga menolak ajaran yang terdapat di dalam Injil dan Taurat.

Masih belum terlambat untuk para pendakwah bermuasabah diri memperbaiki kesilapan yang terjadi. Kita harus maju kehadapan untuk menghadapi ancaman-ancaman yang lebih besar daripada golongan yang ingin menghapuskan Islam dan Umat Islam. Bersiaplah untuk menghadapi perang Salib di abad ini yang tidak mustahil akan berlaku. Tanyalah diri kita adakah kita ini menjadi golongan syuhada atau pun munafiqun yang sejati. Tepuk dada dan Tanya iman kita…ALLAHUAKHBAR….INDAHNYA ISLAM MANISNYA IMAN.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama