Selasa, 27 April 2010

KENAPA UMAT ISLAM HINA DIDUNIA

DUNIA pun mahu akhirat pun mahu atau pun lebih suka disebut fifty-fifty atau pun 50-50. Dengan satu kesalah fahaman di dalam mentafsirkan maksud ayat ini, maka terjerumuslah umat Islam ke dalam perangkap nafsu dan syaitan yang akhirnya menjatuhkan maruah umat Islam sebagai umat yang terbaik kepada umat yang hina di dunia dan akhirat. Maka jadilah umat Islam, umat yang mencampurkan air dan minyak di dalam satu bekas, mengharapkan terjadinya satu adunan yang memberikan manfaat. Tetapi oleh kerana adunan tersebut tidak munasabah maka akhirnya ia menjadi tidak berguna dan merosakan diri sendiri.

Mengapa umat Islam terbuang dan terbiar hina didunia ini? kenapa umat Islam perlu bergantung nasib kepada negara-negara kafir yang maju, gagah dan jahat? dan mengapakah umat Islam ini hidupnya tidak aman, tidak makmur, pemimpinnya banyak terlibat dengan rasuah, kezaliman dan sebagainya dan tidak mendapat kebahagian yang Allah SWT dan Rasul janjikan? Adakah Allah SWT dan Rasulnya menipu umat Islam.

Hari ini orang-orang Kristian dan Yahudi mendabik dada, " Agama kamilah yang benar dan kamilah umat yang terbaik di muka bumi ini, sebab itulah Tuhan serahkan dunia ini kepada kami." Merek terus menghina Islam dan penganutnya." Kalaulah Islam itu agama yang benar dan penganutnya adalah umat yang terbaik, mengapa Tuhan biarkan mereka." Kata mereka lagi: " Tidak ada seorang yang beragama Kristian pun yang menjadi amah (orang gaji) di rumah orang Islam. Tetapi terlalu ramai orang Islam yang menjadi amah (orang gaji) di rumah-rumah orang Kristian, Hindu dan Yahudi. Hina sekali umat Islam ini."

Kenapa terjadi sedemikian? Sedangkan kita ada Allah, ada Rasul, ada Al-Quran dan Hadis? Mengapa Allah SWT tidak menurunkan bantuan kemenangan kepada umat Islam? Di mana silap kita? Inilah persoalan yang harus di jawab oleh setiap umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul nya. Saya tidak memeluk agama Islam sekiranya Islam ini agama yang salah dan tidak menyelamatkan umatnya. tetapi oleh kerana saya yakin dengan Islam maka saya sanggup meninggalkan agama Kristian yang saya anuti sejak daripada kecil, kerana apa? Kerana agama Kristian agama yang tidak benar dan tidak mampu untuk menyelamatkan saya daripada api neraka dan segala malapetaka yang menimpa. Mungkin pada pandangan orang-orang Kristian saya telah memilih agama yang salah, kerana melihat kepada keadaan umat Islam sekarang sungguh teruk dan amat-amat memalukan. kenapa ini boleh berlaku keatas umat Islam dan tidak berlaku kepada orang-orang kafir? Adakah mereka benar dan kita salah? Jawabnya tidak. kitalah dipihak yang benar dan mereka dipihak yang sesat.

Jawapan daripada persoalan ini ialah kerana, umat Islam tidak mengikut kata Allah SWT dan Rasulnya. Allah SWT berkata, Akhirat itu lebih besar daripada dunia. Kita kata jangan fikir akhirat sahaja nanti kita ketinggalan zaman, tidak dapat bersaing dengan negara barat. Allah SWT kata dunia itu menipu. Kita katakan dunia itu indah juga. Allah SWT kata sebaik-baik pekerjaan itu ialah sederhana. Kita kata fifty-fifty lah. Kita telah membuat satu ajaran baru yang sama seperti " Islam Hadhari ". Tetapi namanya kita samakan dengan agama Allah SWT itu iaitu Islam. Kita buat Islam baru. kita mencampurkan minyak dan air dengan harapan hasilnya baik dan memberikan pulangan yang baik. Walhasilnya kita menjadi umat yang terhoyong-hayang. Terbuang! Sebagaimana kita membuang campuran yang tidak munasabah itu. Semuanya sia-sia.

Akibat daripada itu, lahirlah satu umat yang mencampur adukan antara hak dan kebatilan di dalam satu bekas yang turut di lakukan oleh ulama-ulama, pendakwah dan pemimpin yang jahat. lalu membenarkannya di dalam masyarakat sebagai satu amalan yang baik dan amalan agama yang sebenar walaupun bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Mencampur adukan antara hal yang membawa kepada dosa dan pahala. Yakni antara maksiat dan amal soleh. Tidak boleh ekstrim di dalam beragama. Iaitu tidak boleh mengikuti 100% ajaran Islam. Ikutlah setakat mana yang tidak bercanggah dengan adat resam atau budaya melayu.

Kesan daripada kefahaman Nasrani dan Yahudi ini yang kita import untuk dijadikan sebagai panduan umat Islam, maka berlakulah apa yang kita lihat pada zaman kini:

1. Umat Islam pergi ke masjid tetapi juga pergi ke panggung wayang. Pergi ke makkah tetapi pergi juga ke kelab malam. Puasa tetapi dedah aurat. Berzakat tetapi turut mengambil riba. Kalau siaran TV di negara kita, selepas menyiarkan azan, disiarkan pula persembahan maksiat dan sebagainya.

2. Apabila ada orang yang serius beragama, dituduh ketinggalan zaman, tidak bertamadun, anti dunia. Wanita yang memakai purdah dan tudung dikatakan ekstrim. Sesiapa yang solat sunat lebih sedikit daripada kebiasaan dibimbangi tinggal dunia. Isteri yang taat kepada suami dianggap bodoh dan melulu. Makan di dalam dulang dianggap kotor. Hidup secara sunnah dianggap sebagai ortodoks. Asyik dengan Al-Quran dikatakan gila dan berzuhud dianggap sebagai anti establishment.

Inilah nasib malang umat Islam pada masa kini. Islam itu menjadi dagang semula setelah dibuang oleh umat Islam. maka beruntunglah mereka yang bersama dengan agama dagang ini. INDAHNYA ISLAM MANISNYA IMAN.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama