Isnin, 10 Mei 2010

KENAPA SAYA MEMELUK AGAMA ISLAM

Kenapa saya menganut agama Islam. Itulah persoalan yang sering diajukan oleh keluarga, guru-guru, ustaz-ustaz, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang mengetahui saya dahulunya beragama kristian tiba-tiba meninggalkan agama kristian dan menganut agama Islam, satu agama yang paling dibenci oleh penganut agama kristian. Jawapan yang saya berikan daripada persoalan ini ialah " Panjang ceritanya, tidak akan habis satu hari untuk menceritakannya ". Itulah jawapan yang saya akan berikan kepada sesiapa pun yang bertanya, tetapi jawapan inilah jawapan yang paling manis untuk didengar oleh seluruh umat Islam dan kepada sesiapa sahaja yang menyukai Islam dan jawapan inilah jawapan yang paling pahit untuk didengar oleh keluarga saya dan seluruh penganut agama kristian dan jawapan ini merupakan satu pukulan " KO " kepada mereka.

Tetapi inilah sunnatullah kebenaran yang harus diterima oleh sesiapa pun dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang kehendak Allah SWT, apabila Allah SWT katakan maka jadilah maka akan terjadi.  Inilah persoalan iman yang kita akan kongsikan bersama pada kali ini untuk menilai dan membuat satu perbandingan kebenaran diantara agama Islam dan agama kristian, manakah agama yang terbaik, benar, datangnya daripada Allah SWT dan boleh memberikan jalan keselamatan kepada manusia. Dan pada mukaddimah kali ini dengan jujur dan berani saya katakan Islamlah satu-satunya agama yang terbaik dan selain daripada agama Islam semuanya salah dan tidak akan diterima oleh Allah SWT.

oleh yang demikian saya akan memberikan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong hujah saya pada masa akan datang..selamat membaca

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama